Maszlee umum tarik diri dari Pejuang

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Simpang Renggang, Dr Maszlee Malik mengumumkan menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Maszlee melalui satu kenyataan media sebentar tadi berkata, keputusan itu di ambil bagi menumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

“Saya ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Renggam dan umumnya di seluruh Malaysia.

“Saya juha akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai ahli parlimen bebas dan melalui ruang aktivisme dan kerja kemanusian melalui rangkaian NGO dan rakan-rakan aktivis lain. Saya percaya perubahan tidak memerlukan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan,” memetik kenyatan tersebut.

Terdahulu Pejuang tidak menyenaraikan nama Dr Maszlee dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Melalui kenyataan media tersebut Pejuang hanya menyenaraikan empat nama ahli parlimen parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Tindakan itu dikatakan ekoran keputusan Syed Saddiq untuk menubuhkan parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Manakala Dr Maszlee diketepikan kerana dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tanpa pengetahuan Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat