“Cukup-Cukuplah Dengan Spekulasi Dan Politiking” Kata Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien, menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen fokus kepada tanggungjawab terutama dalam menguruskan krisis pandemik Covid-19.

Menurutnya lagi, Ahli-Ahli Parlimen perlu berganding bahu untuk membaik pulih ekonomi serta perkara-perkara yang mengutamakan rakyat.

“Cukup-cukuplah dengan spekulasi dan politiking,

“Rakyat di luar sana sedang perhatikan dan meletakkan harapan yang tinggi,” kata beliau melalui perkongsian video yang dimuat naik dilaman instagram miliknya.

Jelasnya lagi, kebelakangan ini pelbagai andaian, spekulasi, perbincangan dan akhirnya pagi ini Ahli-Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat dan Dewan akan bersidang secara rasmi.

Dan beliau berharap, Sidang Parlimen yang bermula hari ini tidak ada perkara-perkara janggal yang berlaku, Ahli Parlimen diminta bersidang dengan baik tidak menjejaskan imej Ahli Dewan Rakyat.

“Saya menyeru kepada mereka, berilah keutamaan kepada isu negara dan rakyat,

“InsyaAllah, sebagai Ahli Parlimen Sembrong P153, saya akan buat yang termampu,” tegasnya.

Disamping itu, hari ini bermulanya Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2020), sehingga 15 Disember depan -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat