PENYANYI Ashlee Simpson selamat melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Ziggy Blu Ross.
Ashlee menyampaikan khabar gembira terbabit melalui satu foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram.
“Putra manis kami baru lahir. Saya sangat teruja dan bersyukur dengan kelahiran ini,” tulisnya.
Terdahulu Ashlee mengumumkan kehadiran anak ketiganya pada April lalu melalui satu foto ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram.
Pada Mei, Ashlee turut berkongsi video yang memperlihatkan kedua anaknya, Jagger Snow dan Bronx Mowgli, bersama suaminya, Evan Ross memotong kek selepas mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan
Ziggy Blu adalah anak kedua Ashlee bersama Evan. Sementara itu, Bronx adalah perkahwinan pertamanya dengan Pete Wentz.
Agensi