900 Pesakit Covid Pulih, 834 Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 834 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 33,339 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Tiga kes import dilaporkan melibatkan seorang warganegara manakala dua lagi bukan warganegara yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kobolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 9,968 kes,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Mengulas mengenai perkembangan penularan COVID-19 melibatkan negeri pula, beliau berkata, Sabah masih mencatatkan penularan tertinggi dengan pertambahan sebanyak 503 kes diikuti Lembah Klang dengan sebanyak 129 kes.

Wilayah Persekutuan Labuan pula, kata Dr Noor Hisham, mencatatkan 105 kes baharu iaitu peningkatan enam kali ganda berbanding semalam.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 251 kes di Malaysia.

Dalam masa sama, beliau berkata, sebanyak 91 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, Malaysia mencatatkan sebanyak 900 kes yang telah sembuh dan angka ini melebihi jumlah kes aktif positif COVID-19.

Jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 23,120 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat