Serang aktivis GSF Malaysia sama seperti serangan terhadap maruah negara kita – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan rejim Israel yang telah menceroboh dan menghalang misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, serangan terhadap sukarelawan Malaysia dalam misi ini adalah serangan terhadap maruah negara kita.

“Konvoi ini membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas untuk rakyat Gaza yang sedang menderita, namun Israel sekali lagi membuktikan sifat zalimnya dengan menyekat walaupun misi atas nama kemanusiaan.

“Tindakan ini bukan sahaja satu jenayah terhadap rakyat Palestin, malah penghinaan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang cintakan keamanan.

“Kami mendesak Kerajaan Malaysia mengambil langkah segera melalui saluran diplomatik dan perundangan untuk memastikan keselamatan dan pembebasan segera semua sukarelawan, khususnya warganegara Malaysia,” gesa bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang juga Presiden Bersatu juga pada masa yang sama, menuntut supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC dan komuniti antarabangsa tidak lagi berdiam diri.

Tegas Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, Israel mesti dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berulang kali dilakukan.

“Israel boleh menghalang kapal, tetapi mereka tidak akan mampu menghalang gelombang solidariti yang semakin membesar di seluruh dunia untuk membela Palestin.

“Perjuangan ini adalah perjuangan kemanusiaan, dan Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin hingga kemenangan tercapai,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat