Ahli Parlimen Pulai pertahan tindakan rasmi penutup longkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat menyifatkan kritikan pembangkang yang mempersendakan gambarnya merasmikan besi penutup longkang sebuah sekolah di Johor, sebagai tidak wajar serta tidak memahami konteks sebenar.

Suhaizan yang juga wakil rakyat Amanah itu berkata, beliau memenuhi undangan sekolah kebangsaan di kawasan Pulai yang menjemputnya meninjau bantuan Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan menerusi peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Pulai.

Menurut beliau, sekolah kebangsaan itu memohon bantuan susulan longkang di premis berkenaan tidak mempunyai besi penutup menyebabkan banyak kes pelajar terjatuh ke dalam longkang sekali gus membahayakan keselamatan mereka.

“Berikutan isu keselamatan murid sekolah, penutup longkang bagi semua empat blok sekolah berkenaan dibekalkan menerusi bantuan peruntukan PMR dari Pejabat Parlimen Pulai.

“Sekolah berkenaan kemudian mengundang saya meninjau bantuan besi penutup longkang yang sudah dibekalkan.

“Perasmian (penutup longkang) itu adalah permintaan pihak sekolah yang ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan projek PMR dan tanda mereka menghargai bantuan yang disalurkan.

“Saya hadir bagi memenuhi permintaan sekolah apatah lagi sebagai tetamu adalah tidak molek menghampakan harapan sekolah yang bersusah payah menyusun program berkenaan,” lapor Harian Metro di Johor pada Rabu.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard, mengkritik tindakan Suhaizan yang didakwa bersungguh merasmikan besi penutup longkang sebuah sekolah.

Chegu Bard dalam hantaran di Facebooknya menyindir Suhaizan dengan berkata, “aksi ini nampaknya mampu memintas aksi ahli Parlimen rasmi pintu lif, rasmi kepala paip dan lain-lain. Apa pandangan anda ahli Parlimen kerajaan rasmi penutup longkang?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat