PM Lantik Azalina Sebagai Penasihat Khas Undang-Undang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pengerang itu difahamkan telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Bekas Speaker Dewan Rakyat itu berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau untuk melantiknya ke jawatan berkenaan.

“Terima Kasih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan. InsyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Sejak semalam tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam media sosial.

Azalina adalah pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.
/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat