Pengubahan Wang Haram: SPRM Panggil Suami Isteri Bergelar Artis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sepasang suami isteri bergelar artis memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, suami isteri berkenaan dipanggil memberi keterangan kira-kira 4 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan seorang daripada mereka telah selesai memberi keterangan manakala seorang lagi masih diambil keterangan oleh SPRM.

Menurut sumber itu SPRM akan memanggil beberapa lagi selebriti untuk membantu siasatan kes berkenaan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat