Mahkamah Rayuan Tetapkan Perbicaraan Kes Anwar–Yusoff Tahun Depan

Cyberjaya : Rayuan yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman sivil melibatkan bekas pembantunya, Muhammad Yusoff Rawther, akan didengar pada 4 Mac 2026 di Mahkamah Rayuan.

Tarikh tersebut dimaklumkan selepas sesi pengurusan kes dilakukan secara e-Semakan di hadapan timbalan pendaftar mahkamah pada hari ini, menurut laporan Malaysia Kini.

Peguam kepada Yusoff, Rafique Rashid Ali, berkata pengurusan kes turut ditetapkan pada 19 Februari 2026. Beliau menjelaskan bahawa pasukan peguam Anwar cuba memasukkan dokumen tambahan yang tidak pernah dikemukakan dalam permohonan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Namun, langkah itu dibantah oleh pihak responden.

Rafique turut mendedahkan mereka beberapa kali memohon agar tarikh perbicaraan dipercepatkan, mengambil kira cadangan hakim yang mendengar permohonan penangguhan prosiding pada 21 Julai 2025.

“Pihak responden baru sahaja mengarahkan kami untuk menulis kepada presiden Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan tarikh pendengaran rayuan lebih awal, memandangkan kes ini merupakan kes berkepentingan awam,” katanya.

Sebelum ini, pada 21 Julai lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara prosiding saman sivil tersebut. Panel tiga hakim yang dipengerusikan Che Ruzima Ghazali menyatakan terdapat “keadaan istimewa” sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan berhubung lapan persoalan perlembagaan.

Untuk rekod, saman itu difailkan oleh Yusoff yang mendakwa berlaku serangan seksual pada tahun 2018. Pada 4 Jun 2025, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding. Hakim Roz Mawar Rozain menegaskan bahawa hujah mengenai kekebalan eksekutif tidak berlandaskan perlembagaan serta menekankan prinsip bahawa semua pihak adalah sama di sisi undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat