Skim penipuan pembekalan makanan & goodies ke Pusat Koreksional Puncak Alam

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA SELANGOR – Pusat Koreksional Puncak Alam, Jabatan Penjara Malaysia meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan penipuan, berkaitan tawaran pembekalan makanan bermasak dan cenderahati (goodies) di institusi ini.

Pengarahnya, Penolong Komisioner Penjara (PKP), Mohd Haniff Che Omar berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan berkaitan penipuan tawaran pembekalan makanan bermasak dan goodies.

“Modus operandi scammer adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak dan goodies bagi sesuatu majlis atau program dalam tempoh yang singkat dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari institusi ini.

“Scammer turut memohon bantuan pembekal untuk memberi sejumlah wang tertentu bagi tujuan pembelian goodies dan pembayaran perlu dibuat kepada pihak ketiga, iaitu rakan kepada scammer.

“Namun, setelah pembayaran dibuat, scammer telah menyekat panggilan daripada pihak pembekal makanan berkaitan, ” katanya dalam kenyataan pada Selasa lalu.

“Sekiranya ada menerima tawaran berkaitan kerja-kerja membekal makanan bermasak atau apa-apa tawaran yang diragui melibatkan institusi ini, hendaklah menghubungi melalui panggilan 03-3392 3832 atau melalui emel [email protected] untuk pengesahan.

“Sebarang perbekalan makanan dan goodies hanya boleh dibuat urusan melalui pesanan kerajaan (ePerolehan) sahaja, ”katanya lagi.

“Orang ramai atau pembekal makanan yang telah menjadi mangsa kepada penipuan tersebut dinasihatkan membuat laporan polis dengan segera untuk tindakan selanjutnya, ”ujarnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat