Watak Lailer ‘melekat’

- Advertisement -

Watak Laila atau ‘Lailer’ yang pernah dilakonkan Riena Diana dalam drama Kampung People di TV3 diakui cukup meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya hingga kini. Menerusi karakter itu, Riena tidak lagi terus bersikap ‘introvet’.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dengan watak Lailer itu juga membuatkan dia sedar ada sisi komedi dan lucu dalam dirinya. Malah yang pasti dia sekarang lebih terbuka dan selesa mengambil positif.

“Sebelum mengenali karakter Lailer itu, saya orangnya agak ‘introvet’ dan tidak begitu ramah. Bukan seorang yang sombong, tapi saya amat berhati-hati dalam pergaulan kerana bimbang orang lain tidak selesa.

“Boleh dikatakan juga, saya kurang keyakinan diri. Namun selepas menjadi Lailer dalam Kampung People, ia banyak membawa tuah kepada saya. Bakat lakonan makin diterima baik dan saya jadi lebih ‘happy’ dan berani,” katanya.

Riena yang pernah bergelar penyampai radio di Hot FM sebelum mengundur diri, memaklumkan juga perkembangan kariernya dalam industri hiburan dirasakan naik mendadak selepas menjayakan drama Kampung People itu.

Katanya, sampai sekarang dia masih dikenali ramai sebagai Lailer yang ‘gila-gila’.

“Saya kini lebih ceria, ‘happy go lucky’ dan boleh buat kelakar juga. Bahkan di lokasi penggambaran, saya dah ramah dengan ramai orang berbanding dulu. Alhamdulillah, saya gembira dengan perubahan positif ini.

 

RIENA kini tampil dengan drama Cinta Buat Dara di TV3. - FOTO Rohanis Shukri
RIENA kini tampil dengan drama Cinta Buat Dara di TV3. – FOTO Rohanis Shukri

 

“Apa yang pasti, saya dapat rasakan lagi watak Lailer itu masih ada dalam diri saya sampai sekarang. Ia terus melekat dan sukar dipisahkan dengan saya. Tapi, saya suka kerana ia membawa banyak ‘vibe’ yang baik,” katanya.

Riena yang muncul dengan drama baharu, Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle dan Sean Lee di slot Lestary TV3 berkata, dia juga teruja dengan karakter Dara itu kerana menjadi wanita bersikap kasar dan lasak. Tapi, katanya, Dara tetap memiliki hati wanita yang baik.

“Namun cabaran saya melakonkan watak Dara ini ialah saya perlu menjadi wanita yang suka bermain ‘skateboard’ atau papan selaju. Bagaimanapun, tak mudah bermain papan selaju kerana saya beberapa kali terjatuh dan cedera.

“Apa pun, ia pengalaman bermakna buat saya kerana menjadi pelakon tidak mudah. Mungkin ada orang melihat berlakon itu seronok, namun untuk menjayakan sesuatu babak itu tetap ada cabaran tersendiri.

“Malah menariknya lagi drama komedi ringan, Cinta Buat Dara ini kepada saya ialah pertama kali bekerja dengan pengarah bukan Melayu dan berbangsa Cina, Ng Ken Kin. Tak dinafikan, mulanya saya risau juga kalau tak dapat berikan terbaik dalam lakonan.

“Tapi, dia (Ng Ken Kin) ternyata pengarah yang bersikap terbuka, mudah berbincang dan memberi kebebasan untuk saya cuba mencorakkan watak Dara itu sendiri melalui pendapat dikongsikan. Ditambah dengan adanya Syafiq dan Sean, kami serasi bekerjasama,” katanya.

Riena berkata, harapannya supaya penonton terhibur dengan naskhah Cinta Buat Dara itu yang mempunyai 20 episod. Diterbitkan OrangeTree Production Sdn Bhd, ia menemui penonton sejak 24 Ogos lalu, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat