KPDNHEP Tahan 10 Individu, Bongkar Sindiket Seleweng Diesel Subsidi

- Advertisement -

KLANG – Tetap terbongkar, cubaan sebuah sindiket menggunakan pejabat mewah di kawasan perindustrian Bukit Raja, di sini menjual diesel bersubsidi secara haram.

Sindiket terbabit dipercayai membeli diesel subsidi di beberapa stesen minyak di sekitar daerah ini sebelum menjualnya kepada pihak industri dengan harga yang lebih murah membolehkan mereka mengaut keuntungan ‘atas angin’.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, kegiatan mereka berjaya dikesan selepas melakukan risikan selama tiga minggu sebelum membuat serbuan terhadap premis tersebut, malam tadi.

“Semasa serbuan dijalankan pukul 10 malam itu, terdapat 10 suspek yang dipercayai pekerja sindiket itu sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan diesel daripada lori ke tangki.

“Oleh itu, kami telah menahan kesemua suspek, iaitu empat warga tempatan serta enam warga Myanmar yang berumur 17 tahun hingga 30-an tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, dalam serbuan tersebut, tiga buah lori, enam unit kontena (Intermediate Bulk Containers), dua tong tangki (skid tank) yang berisi diesel yang dianggarkan berjumlah 19,400 liter dan empat unit pam penyedut minyak disita.

“Kesemua bahan rampasan ini dianggarkan bernilai RM97,200,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Mohd. Zuhairi lagi, pasukannya sedang mengesan pemilik pejabat berkenaan. Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat