Shahrir Samad Tidak Bertanding PRU15, Beri Laluan Muka Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mahu peluang itu diberikan kepada calon muka baharu.

Memetik laporan Berita Harian, Shahir berkata alasan beliau mengundurkan diri adalah kerana beliau kini berdepan tiga kes mahkamah yang perlu diselesaikan selain menyifatkan kes dihadapinya itu sebagai masalah peribadi.

“Saya kini berdepan dengan kes mahkamah. Saya kena selesaikan kes saya terlebih dahulu. Katakanlah saya tidak ada kes mahkamah sekali pun, sejak dahulu lagi saya sudah mengatakan bahawa calon lebih muda perlu ditampilkan. Ini pendirian saya malah pada pilihan raya umum yang lalu pun, saya menyuarakan perkara sama,” katanya kepada BH.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru yang menyandang kerusi itu sejak 1978 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, calon muda perlu diketengahkan supaya mereka boleh mengambil alih kepimpinan serta peranan sebagai wakil rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas yang disandang selama enam penggal berturut-turut pada PRU-15, sekali gus mengakhiri kerjayanya dalam politik.

Shahrir yang mengetuai pelbagai kementerian sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ‘reset’ politik berlaku, sekali gus memberi laluan kepada pemimpin baharu.

“Jadi tidak adil bagi pengundi dan parti saya, untuk saya menawarkan diri lagi bertanding sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Shahrir menyandang kerusi Parlimen Johor Bahru selama tujuh penggal sejak 1978 kecuali pada 1990 hingga 1999 yang disandang oleh bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum PRU-14, beliau menyatakan hasrat untuk tidak bertanding namun, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak memintanya untuk mempertahankan kerusia Parlimen Johor Bahru.

Bagaimanapun, keputusan PRU-14 tidak memihak kepadanya apabila tewas kepada calon baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat