Ketua Pesuruhjaya SPRM Akan Dilantik Melalui Undian Ahli Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian ahli Parlimen.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata perkara itu telah dipersetujui oleh kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Menurut Azam, pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada ahli Parlimen.

“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri.

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.

Beliau berkata kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat