Tujuh penggal dah BN perintah Nenggiri kenapa tak buat pembangunan? -Sanusi tanya Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menempelak Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas cubaan memancing undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila membuat pelbagai tawaran pembangunan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerusi berkenaan sememangnya diterajui pemimpin Barisan Nasional (BN) sejak beberapa penggal, namun DUN berkenaan seolah dipinggirkan sebelum ini ketika bawah wakil rakyat BN.

Menurutnya, PAS tidak pernah menang di DUN berkenaan dan hanya sekali PN berjaya meramPAS kerusi tersebut pada pilihan raya lepas.

“DUN tersebut sejak merdeka dimenangi BN. Tiba-tiba Presiden BN cakap kalau menang di situ akan buat macam-macam sehingga tujuh atau lapan tawaran.

“Kenapa tak buat masa wakil rakyat BN perintah, baru kalah sekali dan terus datang tawar macam-macam. Masa tujuh lapan penggal wakili penduduk situ, kenapa tak buat?

“Saya pun pening dengan dia (Zahid) ni. Sekarang baru nak buat macam-macam. Masa perintah dulu tak buat, duduk diam saja,” katanya dalam sidang akhbar selePAS melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang dan pelepasan konvoi Jiwa Merdeka di Wisma Darul Aman pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Pada Isnin, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada BN pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos depan.

Katanya, kerusi DUN Nenggiri perlu kembali kepada BN dan isu pembangunan di kawasan itu akan terjaga jika gabungan politik berkenaan menang pada PRK tersebut.

Ditanya mengenai persediaan PN di DUN berkenaan, Sanusi tegaskan, isu calon PAS atau Bersatu mewakili PN tidak menimbulkan masalah atas kesepakatan yang dicapai.

“Tak ada isu berbangkit, calon di Kelantan dan Terengganu PN guna logo PAS. Uniklah sedikit (berbanding Kedah).

“Calon (kuota) dari Bersatu, bukan dari PAS, jadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail keluar PAS dan sertai Bersatu.

“Bersatu-PAS atau PAS-Bersatu, tak ada masalah. Sama seperti Umno-DAP dan DAP-Umno tak ada masalah juga,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat