Tuduh MIC, Umno Dingin Itu Muflis Modal Politik – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap pihak yang cuba menggambarkan hubungan antara Umno dan MIC semakin renggang lebih kepada tindakan terdesak dan muflis modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan, kesetiaan parti-parti di dalam komponen BN ini menjadi asas kepada banyak kejayaan yang telah diperoleh oleh negara ini dan beliau sentiasa harapkan kesinambungan persahabatan dari peringkat kepimpinan sehingga akar umbi kekal dipertahankan selamanya.

“Hari ni saya bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan khas dengan kepimpinan MIC Kebangsaan. MIC menyatakan pelbagai pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan dan menunjukkan komitmen untuk membantu memenangkan calon-calon BN-PH pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Sebagai Pengerusi BN, saya percaya pertemuan hari ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti di antara parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan juga BN.

“Walaupun ada pihak-pihak yang cuba menggambarkan hubungan di antara Umno dan MIC yang katanya semakin renggang, ia lebih kepada tindakan terdesak dan muflis modal politik pihak tertentu apatah lagi menjelang PRN yang sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, keberadaan bersama kepimpinan MIC hari ini juga, beliau lihat ia masih teguh dan jelas menterjemahkan perpaduan yang terus utuh dipertahankan sejak tahun 1973 lagi.

“Kesetiaan parti-parti di dalam BN ini menjadi asas kepada banyak kejayaan yang telah diperoleh oleh negara ini dan saya sentiasa harapkan kesinambungan persahabatan dari peringkat kepimpinan sehingga akar umbi kekal dipertahankan selamanya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat