“Saya tak akan duduk diam selagi masalah miskin tegar belum selesai”- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar tidak akan duduk diam selagi permasalahan miskin tegar yang melibatkan 130,000 keluarga tidak diselesaikan.

Tegas beliau, negara ini mesti diselamatkan dan diangkat martabatnya.

“Dengan kerangka Ekonomi Madani, Kerajaan Perpaduan menumpukan sepenuh perhatian kepada lapangan tenaga boleh baharu serta bermatlamat menjadikan negara antara 30 ekonomi terbesar dalam masa 10 tahun.

“Justeru itu, dalam usaha mengejar kemakmuran yang lebih mampan, kerajaan juga sedang berusaha sedaya upaya untuk menoktahkan kemiskinan yang melibatkan 130,000 keluarga.

“Saya tidak akan duduk diam selagi permasalahan miskin tegar ini tidak diselesaikan. Semoga dukungan padu rakyat Selangor kepada Kerajaan Perpaduan terus menyemarak,” katanya dalam ceramah di Semenyih malam tadi.

Perkembangan lain, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia ini negara yang kaya dengan khazanah dan bukan untuk dibolot elit penguasa.

Ujar beliau, rakyat terbanyak mesti menikmatinya dengan saksama.

“Melalui kebijakan ekonomi yang jelas seperti yang dicerakinkan dalam Ekonomi Madani, saya amat yakin negara ini mampu dilonjak ke tahap yang lebih baik.

“Lantaran itu Kerajaan Perpaduan komited memanfaatkan kestabilan politik dalam menjelmakan tatanan yang bermaruah dengan pengemudian yang jelas mengangkat darjat ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, negara kini di landasan serta jalur yang tepat membawa perubahan tatkala minat yang dipaculkan gergasi kenderaan elektrik Tesla dan Geely untuk membawa pelaburan berdampak tinggi yang pastinya memanfaatkan golongan muda.

“Atas dukungan kuat teman-teman di dalam Kerajaan Perpaduan, kita kini beroleh kestabilan yang mampu memungkinkan pemacuan ekonomi yang bermakna untuk rakyat dan negara.

“Pedulikan setiap cercaan mereka tapi kita mesti kekal istiqomah bekerja membetulkan kepincangan, menerap budaya dan politik nilai serta melonjak negara ke arah yang bermaruah dan madani.

“Kita mesti menang!, seru beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat