Trump Mengadu Kepada Pembantu, Kenapa Orang Tak Suka Dia

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Mungkin menyedari popularitinya yang semakin menjunam minggu ini, Presiden Donald Trump yang merasa kasihan pada diri sendiri bertanya-tanya bagaimana semuanya boleh bertukar menjadi salah?

“Tidak ada yang menyukai saya,” katanya, bingung bagaimana pakar kesihatan dibawah pentadbirannya dapat menerima pujian, sementara dia pula dituduh mengabaikan dan menafikan krisis kesihatan awam yang semakin memburuk.

“Itu hanya (disebabkan) keperibadian saya,” kata Trump, “itu saja.

Itu satu jawapan.

Dalam tempoh seminggu yang menyaksikan wabak global yang semakin memburuk, kemerosotan ekonomi terburuk dan (dakwaan) usaha habis-habisan untuk mencetuskan ketegangan kaum demi keuntungan politik semakin mendalam, Trump mendapati dirinya semakin terasing: dengan kedua-dua pihak (Republikan dan Demokrat) cuba menjauhkan diri darinya, terjebak dalam pertempuran budaya lama dan semakin tidak popular di kalangan pengundi.

Menjelang hari Jumaat, penilaian Presiden mengenai popularitinya sendiri nampaknya telah terungkap dengan banyak cara lain:

– Bahkan sekutu Republikannya dengan tegas menolak sarananya agar pemilihan November ditunda, ada yang sebenarnya ketawa dengan cadangan tersebut. Menurut kebanyakan laporan, ia adalah cadangan serius (jika tidak pengecut) dari Presiden untuk melemahkan sistem pilihan raya.

– Kepemimpinan sivil negara, termasuk tiga dari empat bekas Presiden yang hidup, berkumpul tanpa kehadiran di Atlanta untuk menghormati mendiang John John Lewis, membuatkan ketiadaan presiden yang masih berkuasa, tidak mengejutkan.

– Rundingan rangsangan di Capitol Hill telah selesai hampir sepenuhnya tanpa penyertaannya, wujud perbezaan pendapat di kalangan wakil Republikan sendiri dengan ramai di antaranya terkejut apabila mengetahui permintaan Presiden untuk bangunan FBI baru dimasukkan dalam cadangan akhir.

– Dalam perbicaraan tertutup yang diadakan pada hari Jumaat, pegawai perisikan yang bekerja di bawah pentadbiran Trump sendiri menolak kemungkinan campur tangan negara asing dalam menghasilkan undi palsu secara besar-besaran untuk digunakan dalam pilihan raya November – satu dakwaan yang dibuat oleh Trump terus dari Cabinet Room.

– Dan desakan bersama oleh Trump untuk mengharamkan undi melalui pos, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja Republikan, yang bimbang permintaan Presiden untuk pengundian secara langsung akan mengurangkan undi di kalangan penyokongnya sendiri.

Percubaan Trump untuk memperbaiki imejnya sendiri, hanya memburukkan lagi keadaan dan melemahkan kemampuan partinya untuk maju ke depan.

Setelah lama mengenepikan pembaharuan di Washington, Trump menunjukkan sedikit keprihatinan tentang bagaimana banyak tindakannya telah menyebabkan sekutunya dalam Republikan, berada dalam kedudukan yang tidak selesa.

Dalam usaha untuk meningkatkan moodnya, para penasihat Trump bergegas mengadakan acara politik seperti di Florida pada hari Jumaat, di mana Trump berucap di hadapan orang ramai yang kebanyakannya tidak bertopeng, berdiri dekat satu sama lain. Acara sama di beberapa negeri lain yang dicadangkan untuk Trump dalam masa terdekat, dibatalkan berikutan ancaman ribut.

Semua acara politik yang dirancang ini disifatkan pegawai Rumah Putih sendiri sebagai usaha segera untuk menaikkan imej Trump berikutan kempen pemilihan dan ucapan penerimaan sebagai calon Presiden Republikan bagi pemilihan November nanti, telah ditangguhkan.

Pegawai Rumah Putih masih mempertimbangkan pilihan mereka untuk bagaimana Trump secara rasmi akan menerima pencalonan itu, kata seorang yang biasa dengan perancangan tersebut, termasuk menilai laman web di seluruh negara di mana dia mungkin menyampaikan amanat utamanya.

Namun tugas itu terbukti sukar kerana Trump bertegas mahu sesuatu yang dramatik dilakukan, sedangkan ia mustahil untuk dilakukan.

Dikatakan Trump telah mengaku kepada pembantunya bahawa politik ekstrim yang dibawanya – kurang 100 hari sebelum pemilihan pada November, tidak banyak membantu untuknya dipilih semula.

Walaupun sedar tentang hakikat tersebut, tidak banyak yang dilakukan Trump untuk mengubah keadaan itu – menurut beberapa orang yang pernah bercakap dengannya – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat