Hina Ibadah Korban, SU Politik Kit Siang Mohon Maaf

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menyedari akan kesilapan yang dilakukan, Setiausaha Politk, Lim Kit Siang tampil memohon maaf kerana dikatakan menyokong muatnaik yang menghina ibadah korban umat Islam.

Syahredzan Johan yang juga merupakan seorang peguam berkata pihaknya akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Satu hari reply tweet yang tak tahu (dan) aku dah mengaku silap. Pengajaran: lain kali bila nampak kawan buat lawak bodoh jangan terus respon. Fikir dulu. Insya Allah ini jadi pengajaran.

“Ya, memang saya hanya sedar kesilapan bila orang tegur. Dan sepatutnya saya tak respon pun, tak perlu tunggu orang tegur macam itu.

“Apa saya boleh buat hanyalah mengakui kesilapan ini, dan mohon maaf. Semoga ia jadi pengajaran buat saya,” memetik ciapannya di laman Twitter.

Terdahulu salah seorang kenalan Syahredzan dilihat memuatnaik ciapan mempersendakan Islam dan ibadah qurban.

“Hari ini aku dan anak ingin berlakon menjadi nabi Ibrahim dan nabi Ismail,” tulis individu yang mengunakan id @afifdanbabi

Ciapan tersebut kemudiannya mengundang respon dari teman-temannya yang lain.

“Sapa nak jadi Allah,” tulis @haziqdanbul

“hang boleh cosplay jadi setan yang menyamar jadi orang tua,” balas @afifdanbabi

“aku nak retweet tapi nanti hang kecam pula,” tulis @syahredzan

“shah cosplay jadi qibasy please,” balas @afifdanbabi

“Aku nak jadi Jibrail boleh tak?” soal @zoldabat pula.

Ciapan-ciapan tersebut kemudiannya mengundang kemarahan pengguna Twitter yang beragama Islam.

Mereka menyifatkan perbualan tersebut sebagai melampau kerana melibatkan agama dan fahaman orang Islam.

Tinjauan yang dilakukan SuaraTV mendapati, kesemua ciapan tersebut kemudiannya telah dihapuskan bagi mengelakkan isu tersebut menjadi lebih besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat