Pelitup Muka, Jaga Kebersihan, Ikut Nasihat KKM Titah Sultan Johor

- Advertisement -

Johor Bahru – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan orang ramai supaya memakai pelitup muka di tempat awam sejajar nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Baginda bertitah, selain itu masyarakat awam perlu menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

“Amalkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, jaga penjarakan sosial selain mengamalkan kebersihan yang baik serta ikutlah nasihat Kementerian Kesihatan,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam Facebook baginda hari ini.

Bermula semalam, pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.

Mereka yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Arahan ini juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.

Orang ramai juga boleh memakai pelitup muka dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu jenis tiga lapisan fabrik.

Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat