Kota Madani ditanggung pemaju, PKR sangkal dakwaan Pas konon kebajikan rakyat terabai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembinaan Kota Madani tidak melibatkan wang rakyat tetapi ia ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Taufiq Johari menegaskan, Kerajaan Madani sentiasa meletakkan keutamaan rakyat di posisi tertinggi.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga memberitahu, tuduhan bahawa kerajaan mengabaikan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat adalah tidak tepat.

“Saya merujuk kepada kenyataan dangkal yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas berkenaan pembinaan projek Kota Madani.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kota Madani bukan sekadar projek fizikal tetapi sebahagian daripada rangka pembangunan bersepadu yang bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai pusat rujukan ekonomi digital, hijau dan mampan; menarik pelaburan tempatan dan antarabangsa dalam sektor baharu yang berkualiti.

“Menyediakan ruang inovasi, peluang pekerjaan kepada generasi muda serta mengurangkan beban permintaan kuarters penjawat awam yang kini amat terdesak,” katanya.

Taufiq berkata lagi, kerajaan tidak membina mercu tanda semata-mata, tetapi menyediakan ekosistem ekonomi baharu yang memberi manfaat jangka panjang.

“Penglibatan anak syarikat Petronas pula adalah sebahagian daripada strategi komersial syarikat, bukan paksaan politik.

“Putrajaya Holdings terlibat atas dasar viabiliti perniagaan, dengan peluang mencipta pulangan mampan melalui pembangunan hartanah dan ekosistem yang berdaya saing.

“Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan Petronas sebagai syarikat milik negara yang berintegriti dan tidak sesekali menjadikan Petronas sebagai ‘ATM politik’ seperti yang didakwa,” bidas beliau.

Jelas wakil rakyat PKR itu lagi, Belanjawan 2025 membuktikan keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat melalui peningkatan Peruntukan Pendidikan; Lebih RM58 bilion (peningkatan berbanding tahun lalu).

“Peruntukan kesihatan turut meningkat lebih RM41 bilion dan Bantuan tunai terus (STR, SARA) turut dinaikkan bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan bekerja secara seimbang membela rakyat marhaen, melaksanakan reformasi fiskal, dan pada masa sama melabur untuk masa depan negara,” ujarnya.

Kota Madani adalah pelaburan strategik, bukan pembaziran, kata Taufiq.

“Kita perlu berani membina masa depan, bukan sekadar mengekalkan status quo.

“Justeru, kerajaan kekal komited untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi, dan membangunkan negara dengan hala tuju yang lestari dan inklusif.

“Kerajaan Malaysia Madani tidak mahu mengulangi kegagalan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan di bawah pentadbiran PAS, yang mengumumkan pelaburan tetapi gagal melaksanakannya, tidak menyediakan asas ekonomi kukuh untuk menarik pelaburan sebenar dan mengabaikan infrastruktur asas yang menjadi asas pertumbuhan ekonomi,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat