Pelaut memainkan peranan utama dalam ekonomi global

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

GEORGE TOWN – Hari Pelaut Sedunia merupakan satu penghormatan serta memberi pengiktirafan di atas dedikasi, kerja keras para pelaut (Seafafers) Malaysia yang bekerja untuk memastikan aliran barang keperluan merentasi lautan dunia.

Pelaut memainkan peranan yang utama dalam ekonomi global, disamping berusaha untuk mengekalkan standard keselamatan dalam industri maritim dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap sektor pengangkutan di laut.

Malaysia mempunyai pesisir pantai yang panjang dan terdapat banyak aktiviti ekonomi di lautan antaranya aktiviti maritim, kapal kargo, kapal penumpang, feri dan kapal persiaran di pelabuhan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian, di majlis perasmian Karnival Hari Pelaut dan Rumah Api Peringkat Kebangsaan 2024 di Straits Quay Marina pada Sabtu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kapten Mohamad Halim Ahmed dan Ketua Pengarah Agence Portuaire Maritime et Fluviale (APMF), Madagascar, Kapten Jean-Edmond Randrianantinaina.

Anthony berkata, melalui karnival ini memberi pendedahan dan banyak peluang profesion pelaut kepada anak muda yang berminat berkaitan bidang perkapalan dan maritim di negara ini.

Terdapat lebih kurang 11,000 orang yang menceburi profesion pelaut di Malaysia, jumlahnya bukanlah besar berbanding negara lain.

Katanya, bagi meningkatkan kemahiran dan mengiktiraf pengorbanan terhadap sektor ekonomi global di lautan, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memperuntukkan RM10 juta kepada pelaut bagi meningkatkan pendidikan mereka.

“Pelaut yang berminat boleh memohon Sijil Kecekapan (COC) sebagai sarjana, pegawai, pengendali radio Global Maritime Distress and Safety Sytstem (GMDSS), dan COC lain yang berkaitan melalui Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL) untuk mendapat manfaat daripada inisiatif itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Ikon Hari Pelaut dan Anugerah Rumah Api 2024 serta bantuan biasiswa latihan daripada Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) kepada para pelaut.

Jurucakap JLM berkata, buat julung kalinya, Karnival Hari Pelaut bergabung bersama Hari Rumah Api ini bertemakan “Safety Tips At Sea” yang disambut pada 25 Jun setiap tahun dianjurkan oleh JLM.

Katanya, karnival selama dua hari yang berlangsung pada 29 hingga 30 Jun lalu menawarkan peluang kerjaya sebagai pelaut dalam industri perkapalan negara.

Selain itu reruai, replika rumah api, kapal laut dan alat bantuan pelayaran turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat