‘Tuan Nik’ minta sumbangan bukan pegawai kanan IPD Bentong

- Advertisement -

KUANTAN – Polis Bentong menafikan pihaknya ada mengarahkan pegawai kanan mengutip sumbangan daripada orang awam untuk program di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar turut menegaskan tidak ada pegawai kanan dikenali dengan panggilan ‘Tuan Nik’ atau ‘Tuan Syukri’ berkhidmat di IPD berkenaan.

“Kami tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawai kanan mengutip sumbangan daripada orang awam.

“Jika ada orang awam atau ahli perniagaan menerima panggilan atau pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada ‘pegawai’ terbabit, sila laporkan segera kepada pihak kami untuk memudahkan tindakan diambil,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Zaiham memaklumkan pihaknya mula menerima laporan polis berkaitan aktiviti suspek yang menyamar sebagai pegawai kanan polis hari ini.

Katanya, tindakan suspek bukan sahaja mencemarkan imej polis Bentong, bahkan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Suspek dikatakan menghubungi beberapa ahli perniagaan di sekitar daerah ini untuk meminta sumbangan kononnya untuk program anjuran IPD Bentong.

“Kami percaya suspek sudah menipu beberapa orang mangsa dan masih ada mangsa belum tampil membuat laporan polis,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, suspek menggunakan gambar profil pegawai kanan polis pada aplikasi WhatsApp yang digunakan untuk menipu mangsa.

“Mangsa akan dihubungi suspek melalui nombor 019-5673346 atau 011-72394318 sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan meminta sumbangan.

“Semua sumbangan oleh mangsa perlu disalurkan ke nombor akaun 8881045756758 (AmBank), 8605022525 (CIMB) dan 111011261247 (Maybank),” katanya lagi.

Zaiham berkata, siasatan kes itu dilakukan bahagian siasatan jenayah komersial IPD Bentong mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat