COVID-19: Lagi Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Satu lagi majlis pengembumian, kali ini di Kampung Nahaba, Kota Belud disyaki mencetuskan kluster baharu COVID-19 pada 11 Jun lepas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata Kluster Nahaba 2 Kota Belud membabitkan kes indeks lelaki berusia 57 tahun.

Katanya, pengesanan secara aktif serta saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mengesan 26 lagi kes positif.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 27 kes. Semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Kota Belud, Hospital Queen Elizabeth dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah) Kota Belud.

“Dalam pada itu, semua kontak rapat juga telah diarah jalani proses kuarantin untuk pengasingan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata Sabah merekodkan sebanyak 232 kes baharu COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 69,667 kes.

“Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 188 orang, menjadikan jumlah kumulatif 67,444 orang,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat