DAP Jangan ‘Double Standard’, Buat Gimik Politik – Ridhuan Tee

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tindakan DAP mengadakan himpunan solidariti bagi membela bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew yang ditahan atas salah laku rasuah disifatkan sebagai gimik politik murahan.

Menurut Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berdasarkan laporan dan siasatan yang dilakukan dan bukan dilakukan secara terburu-buru.

“Perkara ini melibatkan undang-undang dan SPRM tidak bertindak terburu-buru kerana mereka melakukan selari dengan bidang kuasa yang dibenarkan jadi saya tidak melihat penangkapan tersebut sebagai tindakan politik.

“Yang dituduh perlu membela diri kerana SPRM hanya bertindak berdasarkan laporan dan siasatan, jadi puak-puak ini perlu berhenti melakukan gimik politik seperti ini,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Mohd Ridhuan lagi DAP seharusnya membenarkan proses undang-undang berjalan tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak.

“Biarkan proses (undang-undang) itu berjalan kerana pada saya mudah sahaja kalau benar dia tidak melakukan salah guna kuasa seperti yanh dituduh itu mengapa dia perlu takut?

“Isu yang dibangkitkan itu telah lama ditimbulkan maka rakyat ingin melihat sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut (dan) hanya mahkamah yang dapat membuktikan sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya,” ujarnya lagi.

DAP Pulau Pinang semalam menyeru orang ramai agar menyertai himpunan bagi membantah penahanan bekas setiausaha politik Lim Guan Eng itu.

“Saudara Jeffrey Chew telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Kami berharap semua ahli dan penyokong DAP akan terus bersatu padu dan bersolidariti bersama Saudara Jeffrey dan keluarganya pada masa yang sukar ini.

“Kita tidak boleh membiarkan sebarang bentuk intimidasi untuk menjatuhkan semangat kita.

“Saudara Jeffrey akan direman malam ini dan akan dibawa ke mahkamah agar permohonan ditahan lebih lanjut lagi.

“Marilah kita mempersiapkan diri secara fizikal dan mental untuk memperjuangkan keadilan dan juga menjaga sesama diri,” memetik kenyataan tersebut.

Sementara itu Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan tindakan DAP itu sebagai ‘double standard’.

“Tindakan DAP ini jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ parti itu kerana apabila lawan politik yang di dakwa mereka akan berkata ia untuk membebaskan negara dari gejala rasuah.

“Namun apabila mereka yang di dakwa pelbagai tuduhan akan di lemparkan kononnya ia satu konspirasi, pendakwaan politik dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut Kamarul lagi, DAP hanya ingin mencari simpati rakyat kononnya kerajaan cuba menindas mereka dengan mengenakan pelbagai tindakan.

“SPRM hanya menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang, jadi tidak sepatutnya DAP ini membuat kenyataan seperti itu seolah-olah ingin memberi tekanan terhadap pihak berkuasa.

“Tapi kalau kita teliti berdasarkan sejarah, DAP memang gemar bertindak seperti ini bagi mendapatkan simpati rakyat dengan mengadakan pelbagai himpunan bagi menujukkan kononnya pihak berkuasa telah melakukan satu tindakan yang salah,” tegasnya lagi.

Jeffrey ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah semalam.

Menurut sumber, penahanan tersebut berkaitan laporan rasuah berhubung skandal projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Sumber turut mendedahkan SPRM akan memanggil beberapa exco negeri itu dan pegawai dari Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk disoal siasat.

Agensi anti-rasuah itu sudah menyoal siasat beberapa ahli politik dan pegawai negeri itu pada Februari 2018, hanya 3 bulan sebelum pertukaran kerajaan susulan pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

SPRM dalam satu kenyataan 4 Mac tahun lalu, mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek tersebut.

Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

Jeffry sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang oleh Anthony Loke sejurus selepas Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum ke14 yang lalu.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat