Covid-19: Sekolah Di Thailand Dibuka Semula Selepas 3 Bulan Ditutup

- Advertisement -

BANGKOK – Thailand membuka semula sekolah awam di seluruh negara selepas ia ditutup 18 Mac lalu susulan pandemik COVID-19.

Sebelum ini sekolah dijadualkan dibuka semula pada pertengahan Mei, namun kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh penutupan selepas penularan wabak itu masih ditahap membimbangkan.

Selepas tiga bulan ditutup, pelajar-pelajar perlu melalui fasa normal baharu di sekolah.

Setiap pelajar diwajibkan memakai pelitup muka serta menggunakan pembersih tangan.

Selain itu, suhu badan setiap pelajar juga diambil bagi memastikan mereka tidak demam.

Bagi pelajar, walaupun masih bimbang dengan keselamatan kesihatan mereka, namun pada masa sama teruja untuk kembali ke sekolah.

“Saya sangat teruja untuk kemabali ke sekolah selepas sekian lama. Saya rindu kawan-kawan dan guru, “ ujar salah seorang pelajar.

“Saya masih bimbang mengenai COVID-19. Keboleh jangkitan itu tinggi memandangkan ramai pelajar di sini,“ kata pelajar lain pula.

Pihak sekolah juga perlu memastikan semua rutin baru itu dipatuhi para pelajar.

Susunan di setiap kelas juga bertukar, mengikut penjarakan sosial seperti yang diarahkan.

“Bagaimana kita dapat mengajar dan membiarkan pelajar menerima normal baharu dalam kelas.

“Maksud saya, yang pertama kita perlu bernteraksi dengan mereka, perlu jaga penjarakan sosial. Kini dunia dah berubah,” ujar seorang guru.

Selain sekolah, tempat hiburan berisiko tinggi seperti pub dan pusat urut juga boleh mula beroperasi pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat