Adakah Benar Ini Wajah Terkini Adele?

- Advertisement -

Beberapa hari lalu, tular di laman Facebook tentang ‘wajah terkini’ penyanyi terkenal Adele. Umum sudah tahu Adele kini tidak bertubuh gempal seperti dahulu kerana berjaya mengurangkan berat badan sehingga 45kg.

Penampilan Adele yang semakin kurus pada mulanya merisaukan peminat. Namun menurut Adele, untuk menurunkan berat badan beliau cuma mengikuti diet yang lebih baik dengan makan lebih buah dan makanan berkhasiat.

Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives

Laman Mr. Everything di Facebook adalah laman yang bertanggungjawab menyebarkan ‘gambar terkini’ Adele. Perkongsian tersebut dikongsi lebih 15,000 kali di Facebook setakat ini.

Namun nampaknya pengguna Facebook ramai yang terus percaya bahawa gambar wanita berkenaan adalah Adele. Sebenarnya, gambar berkenaan merupakan gambar pelakon Hollywood, Emily Blunt. Antara filem lakonan beliau adalah A Quiet Place dan Edge Of Tomorrow.

Gambar-gambar yang dikongsikan pula merupakan gambar photoshoot Emily bersama majalah Vanity Fair pada tahun 2018. Wajah Adele dan Emily dikatakan mirip kerana kedua-dua mereka mempunyai dagu berlekuk.

Dikatakan perkongsian Mr. Everything tersebut hanyalah sekadar gurauan dan tidak menyangka ramai yang ‘tertipu’. Buat yang tertanya-tanya, ini adalah wajah terkini Adele yang dimuat naik tuan punya badan 3 hari yang lalu.

THE VOCKET

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat