RTM Aanjur Pertandingan Senandung Rakyat Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 – Pertandingan Senandung Rakyat Pahang anjuran RTM Pahang akan diadakan pada 3 Jun 2023 (Sabtu), pukul 9.00 malam, bertempat di Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang.  Pertandingan secara langsung melalui saluran TV2 dan menerusi platform aplikasi RTMKlik.

Pertandingan yang berkonsepkan nyanyian lagu tradisional, lagu rakyat, lagu tempatan negeri Pahang akan diiringi tarian, gendang Pahang, gurindam dan pantun. Pertandingan ini bakal menyaksikan 10 finalis berentap untuk merebut gelaran juara.

10 finalis yang layak ialah Mohd Amirulhusni bin Mustafa, Mohd Safar Shah bin Alauddin, Shamsul Bahri bin Muharis, Muhammad Naqiuddin bin Khalid, Syed Mohd Khalil bin Syed Ishak, Muhammad Rizal Shamri bin Rosdi, Farah Waheeda binti Adam, Nur Shahira binti Abdul Malik, Siti Nur Syakira binti Mohd Mustapha dan Siti Ainsyah binti Mustafa.

Juara akan menerima wang tunai RM5,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan, naib juara RM3,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan dan tempat ketiga RM2,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan. Pemenang Persembahan Terbaik bakal membawa pulang wang tunai RM1,000,00 berserta piala dan sijil penyertaan, manakala penerima saguhati masing-masing akan menerima wang tunai RM500.00 dan sijil penyertaan.

Program yang bersiaran selama dua jam ini akan dihoskan oleh DJ Hezree dan Rosma. Pertandingan ini juga bakal diserikan lagi dengan persembahan daripada artis jemputan Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan jemputan Anak Kayan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat