Ranhill Peruntuk RM44 Juta Selesai Masalah Bekalan Air Di Rengit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ranhill SAJ merancang pemasangan Rengit pipeline dan tangki air dengan anggaran kos sebanyak RM 44juta sebagai pelan jangka masa panjang menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan itu.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Ranhill Utilities Berhad, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata, Rengit ialah antara kawasan tumpuan ketika musim perayaan maka beberapa inisiatif segera bagi menampung peningkatan mendadak terhadap bekalan air bersih.

“Antaranya inisiatif yang kami lakukan sepanjang musim perayaan lalu di seluruh negeri Johor termasuk Rengit ialah inline injection mengguna lori tangki swasta; menyediakan lori tangki dan tangki statik.

“Namun kami juga komited mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang tuntas bagi masalah yang diutarakan oleh ADUN Rengit, Datuk Puad Zarkashi.

“Justeru, merujuk kepada surat terbuka daripada ADUN Rengit, Ranhill SAJ ingin memaklumkan kami terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna air di negeri Johor dan juga masalah yang diutarakan oleh Puad bukan sahaja dalam perhatian kami malah langkah-langkah bagi penyelesaian secara tuntas sedang dilaksanakan,” jelas Zaffarollah dalam kenyataan media pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, beliau juga menyenaraikan langkah-langkah tuntas yang sedang dan akan dilaksanakan Ranhill antaranya pemasangan paip baru bersaiz 450mm sepanjang 10km daripada Loji Rawatan Air (LRA) Parit Raja ke Parit Kadir.

“Selain itu, pemasangan paip baru bersaiz 450mm sepanjang 11km daripada Rengit ke tangki air baru; penambahan 4.5 juta liter di Tangki Kg Tengah.

“Pada masa sekarang projek ini telah berada di peringkat Detailed Engineering Design (DED). Selain itu, kami juga dalam proses melaksanakan Rengit Distribution and Inline Pumping dengan anggaran kos sebanyak RM4juta.

“Ini membabitkan pemasangan pam air yang baru di Parit Kadir, pemasangan paip baru UPVC bersaiz 250mm sepanjang 3km di Jalan Rejo Sari dan juga pemasangan paip baru bersaiz 250mm jenis UPVC sepanjang 4km di Jalan Rejo Sari,” ujarnya.

Kata Zaffarollah lagi, projek ini telah pun siap sebanyak 97 peratus.

“Dengan adanya inisiatif jangka masa panjang ini, Insyaallah ia akan dapat menstabilkan bekalan bekalan air di kawasan Rengit.

“Kami berterima kasih kepada ADUN Rengit yang membangkitkan isu ini, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat lebih maklum mengenai usaha-usaha Ranhill SAJ meningkat kualiti perkhidmatan air negeri Johor. Ranhill SAJ juga terbuka kepada teguran dan kritikan membina ini demi kesejahteraan penduduk negeri Johor,” katanya.

Terdahulu, Puad dalam hantaran di Facebooknya hari ini mengutus surat terbuka kepada pengurusan tertinggi Ranhill yang menuntut penyelesaian masalah bekalan air secara menyeluruh di Rengit.

Kata Puad, setiap kali musim perayaan kawasan itu berdepan masalah tekanan air rendah, air kecil, air tak ada dan air kuning yang sentiasa berulang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat