Melayu Dalam Umno, PKR Mudah Lupa – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengkategorikan Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah Melayu yang mudah lupa, khususnya para pemimpinnya juga mudah lupa.

Kata beliau, banyak kenyataan mereka yang terdahulu dilupakan, terbukti dengan nyata dan benar sekiranya kita merujuk kepada kenyataan awal mereka sebelum menjadi kerajaan dan selepas menjadi kerajaan.

“Antara yang terawal ialah kenyataan bersemangat yang dilaungkan oleh pemimpin Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berulang kali di hadapan para perwakilan dari seluruh negara. Laungan yang diulangi, “No DAP! No Anwar!”
Kini, pemimpin Umno pula bersekongkol dengan mereka yang dilaungkan itu dengan penuh mesra dan akrab, malah membuat kenyataan untuk bersama dalam pilihan raya negeri (PRN) sehingga membelakangi dasar dan perjuangan parti.

“Adapun kalangan PKR pula berdegar-degar dengan laungan “Reformasi!” dan berjuang ingin menghapuskan rasuah, salah laku, kronisme, nepotisme, dan lain-lain. Rupa-rupanya, apa yang mereka lakukan itu laksana lakonan semata-mata.

“Tiba-tiba, PKR pun bersekongkol dengan kelompok yang mengamalkan kronisme, nepotisme, dan banduan yang telah dihukum serta kluster mahkamah bagi mencukupkan jumlah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS, semalam.

Menurut Hadi, mereka melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan, bahawa pelantikan bermula daripada Yang di-Pertuan Agong sehinggalah para jemaah menteri dan ketua jabatan mestilah daripada kalangan mereka yang bersih.

Sehinggakan katanya, segala perkara yang masih terikat dengan tuduhan-tuduhan yang wajib dibuktikan di mahkamah itu selesai.

“Konsep yang tegas dalam Perlembagaan Persekutuan itu dilanggar oleh mereka sehingga berlagak lebih daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Pada masa yang sama, menggunakan Raja-raja menjadi pelindung sewenang-wenangnya tanpa menghormati konsep Raja Berperlembagaan.

“Kini, kita sudah mencapai kemerdekaan. Sewajarnya, Raja-raja dimuliakan mengikut lunas yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan, hukum Islam, dan adab Melayu Islam. Mereka tidak boleh diperlakukan seperti zaman penjajah dahulu.

“Banyak janji kepada rakyat sebelum pilihan raya ditaburkan sama ada secara tulisan ataupun ucapan lidah yang tidak bertulang. Janji mudah itu adalah seperti menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam sekiranya menjadi kerajaan, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan tol, dan banyak lagi.
Selepas berjaya mengambil alih kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, semua janji dan ucapan itu tenggelam dimakan masa. Melayu yang mudah lupa bersamanya terus menyambung perjuangan yang sama,” ujar Hadi lagi.

Dalam pada itu tambah beliau, perbuatan buruk mereka itu berkekalan sehinggalah mereka mengambil alih kerajaan selepas PRU-15 dengan sokongan Melayu yang mudah lupa juga. Keadaan yang sama masih terus berulang dengan kenyataan-kenyataan yang dinafikan kemudiannya.

“Timbul kenyataan bahawa mereka mengajak PAS untuk sama-sama menyertai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin mereka, tanpa menghormati bahawa Perikatan Nasional (PN) didominasi oleh Melayu Islam Bumiputera dengan 74 kerusi.

“Adapun PH didominasi oleh bukan Islam, dengan kalangan liberal PKR adalah sebanyak 30 kerusi (19 orang Melayu Islam dan Islam liberal manakala 11 orang nyata bukan Melayu dan bukan Islam), bersama DAP sebanyak 40 kerusi dengan tiga orang daripadanya adalah Melayu.

“Selepas itu, mereka menghantar broker pula untuk memujuk sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Maka, PN khususnya PAS menolak semua tawaran dan menolak segala janji yang tidak boleh dipercayai, kerana PAS ialah Melayu yang tidak lupa,” tegas Hadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat