UMNO, PAS dan Bersatu ‘acah’ bercakar – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamd Sabu memberi amaran supaya tidak mempedulikan sandiwara UMNO dan sekutunya yang kononnya bercakaran.

Beliau sebaliknya menegaskan, parti-parti kerajaan itu sebenarnya sentiasa membantu antara satu sama lain.

“Jangan pedulikan percakaran diantara UMNO, PAS dan Bersatu. Mereka semua berada dalam kerajaan.

“Sifat mereka saling membantu di antara satu sama lain untuk mengekalkan kerajaan tebuk atap,” dakwa Mohamad.

Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli-ahli Amanah, rakan rakan pendokong Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang terus berusaha untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang untuk mengembalikan maruah negara.

“Jangan lagi negara ini tergadai kepada golongan kleptokrat dan sekutu mereka yang tidak menghormati demokrasi berparlimen dalam mengambil alih kuasa.

“Pedulikan soal UMNO dan sekutunya yang kononnya bercakaran, tetapi sebenarnya mereka sentiasa membantu di antara satu sama lain,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat