Saya Akan Jumpa PM Dalam Masa Terdekat – Zuraida

- Advertisement -

SEPANG – “Insya-Allah saya akan jumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk berbincang tentang kedudukan saya dalam kabinet,” demikian ujar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, beliau masih menunggu tarikh untuk bertemu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan selepas pertemuan tersebut, satu sidang akhbar khas akan diadakan.

“Saya nak berbincang dengan Perdana Menteri, itu (jawatan kabinet) masih lagi belum (dibincangkan). Saya belum dapat tarikh dan saya akan buat satu sidang media khas selepas perkara-perkara ini selesai.

“Insya-Allah sidang media khas dalam minggu depan. Hari ini Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad awak rehat dulu. Minggu depan (sidang akhbar),” katanya kepada media ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Turki di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan sudah membuat permohonan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan ia kini didalam proses.

Ditanya mengenai wadah baharu perjuangan politiknya, Zuraida berkata, beliau akan menjelaskan perkara tersebut kemudian kerana mahu menyelesaikan isu dengan kerajaan.

“Yang itu kemudian saya cerita, saya ambil masa lagi kerana saya selesaikan dahulu isu saya dengan kerajaan,” ujarnya.

Pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai PBM. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat