Polis Marin Patahkan Cubaan Jual 200,000 Liter Diesel Subsidi Ke Luar Negara

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Sebanyak 200,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM430,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di tepi jalan berhampiran Kampung Belungkor di sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan Op Kontraban itu, seramai sebelas individu ditahan iaitu tujuh lelaki tempatan dan empat warga asing berusia antara 30 hingga 55 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek sedang memindahkan minyak diesel dari lori ke dalam bot, kira-kira jam 8.30 malam.

“Hasil soal siasat, minyak diesel itu akan dijual ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Muhd Zailani, semua yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen sama ada memiliki, menyimpan atau membawa barang kawalan berkenaan.

Selain diesel, Muhd Zailani berkata, pihaknya turut merampas sebuah tug bot yang diubah suai, tiga lori, lima tangki dan lima pam.

“Nilai anggaran keseluruhan barang rampasan bernilai kira-kira RM5.5 juta. Semua barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Katanya, pihaknya menyeru orang ramai terutamanya masyarakat maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat perlanggaran undang-undang seperti jenayah kepada pihak berkuasa terutamanya PPM Wilayah Dua Johor di talian 07-2372221 atau 07-2372222. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat