India Sediakan 10 Juta Dos Vaksin Sehari Pada Julai, Ogos

- Advertisement -

NEW DELHI: India boleh memiliki sebanyak 10 juta dos vaksin COVID-19 yang tersedia setiap hari pada bulan Julai dan Ogos berbanding hanya tiga juta ketika ini.

Jaminan diberikan kerajaannya dalam usaha meredakan kebimbangan mengenai kekurangan dan kegagalan menguruskan program vaksinasi negara itu.

Negara dengan populasi kedua tertingi di dunia itu dilanda gelombang jangkitan serius sejak April.

Pakar kesihatan berpendapat, satu-satunya cara ialah vaksinasi besar-besaran 1.3 bilion penduduknya.

Menurut Penasihat Kerajaan, V K Paul, pihaknya yakin dapat meningkatkan kadar vaksinasi apabila persediaan meningkat.

Pengeluar vaksin seperti Institut Serum India dan Bharat Biotech berusaha untuk meningkatkan bekalan.

India juga sedang berbincang dengan pengeluar vaksin asing utama seperti Pfizer.

Kementerian Kesihatan memberitahu hampir 45 juta orang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Ini bersamaan 4.7 peratus daripada 950 juta penduduk dewasa di negara itu.

India memberikan hampir 2.8 juta dos pada Isnin menurut data dari portal vaksin rasminya.

Sebelum ini Perdana Menteri Narendra Modi dikritik kerana program vaksinasi perlahan walaupun India merupakan salah satu pengeluar vaksin terbesar di dunia.

Bulan lalu, kerajaan mengarahkan agar jarak masa dua dos AstraZeneca ditingkatkan menjadi 12 sehingga 16 minggu dari empat sehingga enam minggu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat