Tiada Kes Kematian Covid-19 Selama 11 Hari Berturut-Turut – KKM

PUTRAJAYA – Tiada penambahan kes kematian baharu Covid-19 untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari, menyaksikan tiada kes kematian selama 11 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 115 kes,

Ia merupakan 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, tambah beliau.

“Dalam pada itu, sehingga 2 Jun 2020 pukul 12 tengahari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan dan ia sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,292 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada 20 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Tambah beliau, daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan dua kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Noor Hisham memberitahu, sehingga kini, sebanyak enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Berita Berkaitan

Agong Titah Secepat Mungkin Tapi Tak Sebut Bulan Berapa – Takiyuddin

KUALA LUMPUR - Pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah berhubung persidangan Parlimen, tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan. Menteri di Jabatan...

Kemenangan Ke Atas Thailand Beri Suntikan Moral Harimau Malaya

Kemenangan dilakar Harimau Malaya ke atas Thailand awal pagi Rabu diyakini mampu memberi suntikan moral kepada pemain untuk menampilkan aksi lebih cemerlang pada pusingan...

Raja-Raja Melayu Sependapat Tiada Keperluan Darurat Selepas 1 Ogos – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan. Itu antara tujuh pendapat dizahirkan secara...