SPRM Wajib Panggil Guan Eng, Tommy Thomas

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pertubuhan Pemuda Negara hari ini membuat laporan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Laporan tersebut bagi menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Sri Sanjeevan turut menggesa agar Lim Guan Eng dan Tommy Thomas bagi menjalankan siasatan tersebut.

“Saya rasa apa yang dilaporlan FMT sudai memadai, bagi pihak SPRM melakukan siasatan ditambah pula timbalan pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Khiiari telah mengeluarkan siasatan semalam, bahawa SPRM, akan memulakan siasatan.

“Saya minta pihak terlibat dan pihak diluar jangan politik isu ini, sebab benda ini bukan isu politik.

“Kami buat laporan sprm, dan mereka melakukan siasatan, dan jika Guan Eng tidak bersalah ini merupakan ruangan utk beliau bersihkan nama beliau dan imej beliau.

“Ini satu kes melibatkan integriti bekas seorang menteri dan seorang MP yang masih memegang jawatan MP,” katanya.

Laporan FMT semalam menyatakan Lim didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengulas laporan itu, Lim memberitahu Malaysiakini: “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak”.

SPRM mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat