AMK Pulau Pinang Dakwa Cermin Kereta Dipecahkan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang akan membuat laporan polis selepas cermin keretanya dipecahkan pagi tadi.

Fahmi Zainol berkata, kejadian berkenaan disedari ketika hendak keluar bertugas namun dimaklumkan jiran lebih awal.

“Pagi ini semasa hendak keluar bertugas kira-kira jam 9 pagi, saya mendapati cermin hadapan kereta saya dipecahkan.

“Jiran memaklumkan mereka sedar terdapat kesan terhadap kereta saya. Saya akan melaporkan hal ini kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Saya mohon doa semua agar saya dan keluarga dilindungi daripada perbuatan khianat manusia yang tidak bertanggungjawab,” katanya di Twitter.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat