Anwar Terima Anugerah Tertinggi Kosovo, ‘Order of Independence’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini dianugerahkan Order of Independence, iaitu anugerah awam tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Kosovo sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam menyokong kemerdekaan negara tersebut.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu, dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), anugerah berprestij itu diberikan kepada individu yang telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan dan menyokong kemerdekaan serta kedaulatan Kosovo di peringkat antarabangsa.

“Penganugerahan itu mengiktiraf sokongan padu Malaysia terhadap pembangunan negara dan pasca kemerdekaan Kosovo, serta komitmen teguh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh beberapa menteri kanan kabinet serta pegawai tinggi kerajaan kedua-dua negara.

Kosovo, yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada tahun 2008, telah menerima sokongan berterusan daripada Malaysia dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan global sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat