Umno kini cuma tinggal kaki bodek – Noh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar mengakui masih sayangkan Umno memandangkan sudah lebih 30 tahun beliau berjuang dalam parti itu, namun kini bertekad akan menjadikan Parlimen Tanjung Karang sebagai kubu kuat Perikatan Nasional (PN).

Malah Noh menyifatkan Umno kini hanya tinggal kaki bodek yang kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

“Saya sayang Umno, sejak belajar di United Kingdom (UK) dahulu kini sudah 30 tahun saya dengan Umno. Namun Umno kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

“Lokman Adam, Isham Jalil, di peringkat bahagian pun mereka tak dapat menang macam mana Umno kata itu suara akar umbi,” katanya lapor BH.

Susulan itu, Noh berikrar menjadikan Parlimen Tanjung Karang sebagai kubu kuat PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas sekian lama dikuasai Umno.

Noh yang juga Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, semalam mengesahkan akan bertanding pada PRN negeri akan datang atas tiket PN.

“Sudah 30 tahun saya mempertahankan kawasan Tanjong Karang sebagai kubu kuat Umno. Mereka (Umno) boleh benci saya tetapi jangan jadikan rakyat di sana sebagai mangsa kerakusan politik mereka,” tegas beliau.

Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata Umno sudah mula hilang bisa dan kini hanya gah pada nama.

Menurut beliau, ia susulan kepimpinan parti itu yang tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan perlembagaan Umno yang asal.

“Saya sayang UMNO. Masakan tidak, sudah lebih 30 tahun saya berjuang dalam Umno demi orang Melayu dan rakyat,” katanya.

Noh berkata beliau faham dalam politik tidak ada yang kekal, pemimpin silih berganti apa yang ada hanyalah perjuangan sesebuah parti.

“Jika dilihat, di negara ini kebanyakan pemimpin parti politik utama kini adalah dari Umno.

“Tun Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin, Anwar Ibrahim, Shafie Apdal, semua itu orang Umno. Mereka pernah pegang jawatan dalam Umno tetapi apabila tidak setuju dengan pemimpin pada masa itu, mereka dipecat atau letak jawatan dan teruskan kerjaya politik mereka dengan pasukan (parti) lain,” katanya.

Menurut Noh, akibat amalan pemecatan pemimpin-pemimpin Umno, mereka tubuh parti sendiri dan terus merebut jawatan Perdana Menteri.

“Sekarang giliran saya dipecat, ketika saya berada dalam Umno. Saya tak boleh bercakap lebih, akan dipecat. Jadi mereka yang masih dalam Umno jangan gembira sangat, apabila pemimpin Umno bertukar, nasib mereka belum tentu lagi,” katanya.

Mengakui Umno mempunyai pengikut yang ramai dengan lebih 1.3 juta keahlian, Noh berkata parti itu sememangnya hebat dari struktur dan sokongan akar umbi.

“Tetapi jika kerakusan ini diteruskan, Umno akan hilang. Umno telah lari dari perjuangannya dan bukan lagi tempat perlindungan orang Melayu.

“Sebagai contoh, usul tidak tanding jawatan presiden Umno antara salah guna kuasa dalam kepimpinan Umno,” tegas Noh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat