10 ribu pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Pahang

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang meriah dengan kehadiran 10,000 ribu pengunjung.

Kehadiran lapisan masyarakat itu diserikan lagi dengan kehadiran Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, pada Isnin.

Majlis itu juga dihadiri Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri Datin Sri Burhah Mohammed.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Dato’ Ramli Mohd Noor, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan negeri Pahang sendiri.

Pelbagai juadah disediakan kepada para pengunjung seperti ketupat, sate, lemang, mee kari, kambing bakar, kuih muih dan pelbagai aneka minuman.

Kemuncak majlis itu pemberian duit raya oleh Ahmad Zahid Hamidi kepada kanak-kanak yang hadir.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat