Parti baharu dipimpin Hamzah akan mohon sertai PN

KUALA LUMPUR – Parti baharu yang bakal diterajui oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas penubuhannya diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, langkah itu bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan parti itu, tetapi juga PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ketika ini semuanya masih dalam proses perincian. Pengumuman akan dibuat sendiri oleh Hamzah dalam masa terdekat, mungkin satu hingga dua minggu lagi.

“Insya-Allah, parti baharu itu akan memohon untuk masuk PN. Kami harapkan begitu kerana PN adalah gabungan yang memperjuangkan orang Melayu Islam, tetapi pada masa sama untuk semua rakyat,” katanya menurut Utusan pada Khamis.

Sebelum ini, Hamzah bersama ahli Parlimen Bersatu dipercayai akan mengambil alih sebuah satu parti yang telah lama wujud dan sah di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bagaimanapun Khaliq Mehtab tidak mendedahkan nama parti tersebut.

“Kami sudah ada parti baharu, tetapi belum boleh didedahkan lagi.

“Ke mana beliau (Hamzah) pergi, ke situ kami akan ikut,” katanya memetik akhbar itu.

Namun Khaliq Mehtab berkata, beliau mengharapkan parti baharu itu dapat diterima sebagai salah satu parti komponen dalam PN.

“Tidak melihat kemungkinan untuk bergerak secara bersendirian kerana pendekatan itu dianggap sukar dan kurang praktikal.

“Hala tuju yang lebih realistik adalah dengan menyertai gabungan sedia ada, khususnya PN, bagi meneruskan perjuangan politik secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat