22 klien AADK lulus SPM 2025, berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengumumkan seramai 27 klien AADK telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025, dan daripada jumlah itu, seramai 22 klien berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Ruslin Jusoh berkata seramai 20 klien calon SPM dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah manakala enam klien lagi dari PUSPEN Papar, Sabah dan seorang klien daripada PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kedua dalam kebajikan pendidikan.

“Menerusi program PAPK ini, semua klien yang layak akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang berpengalaman serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

“Program PAPK ini bertujuan membantu klien AADK mendapatkan peluang pendidikan secara formal yang boleh menjamin masa depan mereka kelak.

“Kesemua klien yang lulus SPM 2025 berpeluang melanjutkan pelajaran ke
tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara Malaysia dan Politeknik,” katanya lagi.

Ujarnya, usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada klien bagi memajukan diri
dalam aspek akademik dan sijil kemahiran menerusi kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang boleh dimanfaat klien AADK untuk meneruskan kehidupan sekali gus dapat mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.

“Selain itu, PAPK menjadi titik tolak kepada perubahan persepsi bahawa keciciran di sekolah tidak semestinya berakhir tanpa ada ruang untuk memperbaikinya.

“Sebanyak enam mata pelajaran diambil klien AADK iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Sains; Matematik; Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,” ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat