KDN nilai pelbagai kemungkinan termasuk pergerakan rentas sempadan impak konflik

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menilai pelbagai kemungkinan dan senario yang berpotensi berlaku, termasuk kesan terhadap keselamatan dalam negara, pergerakan rentas sempadan, kestabilan ekonomi domestik serta kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, di KDN setiap saranan dan hala tuju yang digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa diterjemahkan melalui pendekatan yang strategik, dan berpandangan jauh agar negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkembangan global.

Menurut beliau, keutamaan KDN jelas, iaitu memastikan keselamatan negara terus terpelihara, dan rakyat Malaysia dilindungi daripada sebarang ketidaktentuan luar.

“Pagi ini saya duduk mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi di bawah KDN dalam Mesyuarat Strategik Kesan Konflik Amerika Syarikat – Iran bagi meneliti perkembangan konflik ini yang semakin mendapat perhatian dunia.

“Perkembangan konflik ini secara tidak langsung memberi kesan kepada keadaan global, khususnya melibatkan rantaian bekalan tenaga dan ketidaktentuan ekonomi antarabangsa yang akhirnya turut dirasai oleh banyak negara, termasuk Malaysia.

“Justeru, kami menilai pelbagai kemungkinan dan senario yang berpotensi berlaku, termasuk kesan terhadap keselamatan dalam negara, pergerakan rentas sempadan, kestabilan ekonomi domestik serta kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat