Jahat sangatkah Anwar seperti diburukkan Rafizi? – Nakhaie ingatkan PM manusia bukan maksum

KUALA LUMPUR – Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwanya setiap hari memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nakhaie malah menyoal, adakah Anwar sejahat seperti yang diuar-uarkan?

“Kalau setiap hari kerja RR (Rafizi Ramli) tidak lain melainkan membuka aib dan kejahatan PM, jahat sangat ke dia (Anwar)?

“Apakah kebaikan orang yang hari-hari hanya memburukkan beliau.

“Apakah kerja seperti itu menghasilkan kebaikan untuk masyarakat umum? soal Nakhaie dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Beliau menegaskan bahawa, Anwar ialah manusia, bukan maksum.

“Tetapi fikirlah mulut busuk yang saban hari keluar daripadanya bau yang jelik dan maki hamun bertubi-tubi, dari mana bau busuk itu kalau tidak dari hati bernanah dan akhlak kucing kurap yang langsung tidak berguna,” tempelak Nakhaie.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat