Wan Rosdy Lantik Setiausaha, Ketua Penerangan UMNO Pahang Yang Baharu

- Advertisement -

KUANTAN – UMNO Pahang hari ini melantik ahli dewan undangan negeri (ADUN) Muadzam Shah, Ir Razali Kassim sebagai setiausaha UMNO negeri yang baru.

Pelantikan itu diumumkan Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media selepas mesyuarat pertama parti itu di Kuantan, petang tadi.

Razali menggantikan calon Barisan Nasional (BN) parlimen Kuantan, Datuk Seri Abd Hamid Nazahar yang tewas dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.

Selain Razali, turut dilantik ialah ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal sebagai ketua penerangan UMNO menggantikan ADUN Kerdau yang juga Exco kanan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Fadzli adalah Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang dan sebelum ini pernah menjadi setiausaha akhbar Wan Rosdy.

Syed Ibrahim pula diberi tanggungjawab sebagai pengerusi hal ehwal agama UMNO Pahang.

Seorang lagi exco kanan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak pula dilantik sebagai bendahari UMNO negeri.

Mohd Soffi antara Adun ‘senior’ dalam pentadbiran kerajaan Pahang dan sudah menjadi ADUN Benta sejak enam penggal lalu.

Ketua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin pula dipilih mengetuai majlis pengkaderan dan latihan UMNO Pahang.

Shahaniza tewas pada PRU15 di parlimen Maran, namun dia menang dalam pemilihan UMNO bagi jawatan majlis kerja tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.

Seorang lagi ketua UMNO turut diberi jawatan adalah Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Ketua UMNO Kuala Krau) yang dilpilih sebagai pengerusi majlis keahlian dan perundangan UMNO Pahang.

Speaker dewan undangan negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pula dilantik sebagai pengerusi majlis sekretariat muafakat wakil rakyat UMNO Pahang.

Mohd Sharkar adalah bekas ketua UMNO Temerloh dan tewas pada PRU15 di parlimen Temerloh kepada calon Perikatan Nasional (PN), Salamiah Mohd Nor.

Dia tidak mempertahankan jawatan ketua UMNO Temerloh pada pemilihan lalu, namun menang dalam pemilihan di peringkat UMNO Pusat sebagai ahli MKT.

ADUN Guai, Sabariah Saidan pula dilantik sebagai pengerusi majlis hal ehwal wanita dan keluarga UMNO Pahang.

Sabariah ketika ini adalah Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat