Tiga Lelaki Laku Rusuhan Selepas Perlawanan Bola Sepak Ditahan

- Advertisement -

GEORGETOWN – Polis menahan tiga lelaki yang melakukan rusuhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dengan Perak FC di luar Stadium Bandaraya di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata kesemua lelaki tempatan yang ditahan berumur antara 20 hingga 23 tahun dan mereka semua bebas sebarang jenis dadah selepas ujian saringan awal dibuat.

Menurutnya, hasil siasatan, pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan seorang yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan polis setelah selesai soal siasat, namun polis sedang giat mengesan lain-lain individu yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

Semalam, satu video berdurasi 31 saat tular dalam media sosial Facebook “AMIGOS MEDIA VIRAL” yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak telah membuat rusuhan di luar kawasan stadium. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat