Hadi Awang Ucap Terima Kasih Kepada PM

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan beliau sebagai Duta Khas bertaraf Menteri.

Hadi melalui laman Facebook berkata, akan cuba untuk membantu negara dalam memimpin agenda perpaduan ummah.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Muhyiddin sebelum ini bersetuju melantik Ahli Parlimen Marang terbabit menjawat jawatan tersebut.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan itu, perlantikan Abdul Hadi dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang meluas di negara Timur Tengah.

Abdul Hadi adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Pada 2016, beliau pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,587FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat