‘Otai’ tetap merendah diri

- Advertisement -

“Hilal kalau nak berlakon ke? Kalau kau nak berlakon berhenti la berlakon.”

Itu kata-kata seorang daripada sembilan guru lakonan kepada pelakon veteran, Datuk Hilal Azman. Kata-katanya itu nyata mengelirukan, namun selepas dijelaskan pelakon berusia 61 tahun itu baru penulis faham apa yang dimaksudkannya.

Maksud kepada kenyataan itu ialah buangkan sikap lakonan dalam berlakon, sekali gus membuatkan watak yang dibawa kelihatan hidup.

Maka tidak hairan selepas lebih 40 tahun berkecimpung dan dunia lakonan, apa saja watak yang dibawa pelakon berkenaan tetap meninggalkan bekas dalam kalangan penonton.

Namun, ketika ditemui baru-baru ini, beliau tetap merendah diri dan memberitahu masih dalam proses belajar dalam dunia lakonan kerana ilmu tidak pernah habis.

“Dari dulu hingga kini saya sentiasa belajar kerana ilmu dalam semua bidang termasuk seni ini tidak pernah cukup atau tak akan habis dan saya tidak kisah dengan siapa saya belajar.

“Sama ada beliau artis baharu, lama saya tak kisah kerana ilmu saya tidak pernah penuh sebaliknya ibarat gelas yang sering kosong dan sentiasa perlu diisi,” katanya.

Berbual panjang bersamanya, beliau turut mendedahkan zaman kegemilangannya yang pernah bersama pelakon, Nasir Bilal Khan menyertai uji bakat terakhir untuk membintangi Filem Perempuan, Isteri &…. “Ketika itu, memang yakin akan terpilih namun nyata belum rezeki saya ketika itu,” katanya

 

SENTUHAN kekal berbisa Hilal dalam setiap lakonan tidak perlu dipertikaikan.
SENTUHAN kekal berbisa Hilal dalam setiap lakonan tidak perlu dipertikaikan.

 

Menurutnya, selepas bertanyakan kepada pengarah, U-Wei kenapa dia tidak terpilih memegang watak berkenaan baharu beliau mula tersedar.

“Nyata pengarah berkenaan cukup berterus terang dan memberitahu saya belum matang, di situ baharu saya faham ilmu dalam lakonan tidak akan pernah habis dan berusaha menyampaikan sesuatu melalui seni.

“Sejak itu saya mula amalkan budaya menggenggam tradisi, menjangkau teknologi. Sebagai orang lama seboleh-bolehnya kita tidak mahu ketinggalan pada masa sama adat dan budaya tidak kita lepaskan.

“Saya berusaha sampaikan apa yang termampu kerana tidak mahu dipersoalkan suatu hari nanti,” katanya.

Bercerita mengenai aktiviti terbaharunya, anak jati Taiping, Perak ini berkata, beliau baru selesai penggambaran 20 episod drama bertajuk Puteri Lori arahan Adam Hamid dan sedang menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

“Selepas ini saya akan bekerjasama dengan penulis puisi, Siti Zaleha Hashim untuk menjayakan naskhah berjudul Mesin Jahit Lama,” katanya.

Ia sebuah telefilem mengisahkan persepsi yang boleh meruntuhkan hubungan antara kekasih dan ia masih berlaku hari ini yang boleh meruntuhkan sesebuah negara atau organisasi.

“Hubungan itu boleh dieratkan dengan tenunan dan perlu dijahit sekalipun menyakitkan, sebab itu lahirnya Mesin Jahit Lama ini,” katanya.

 

BAKAL muncul dalan telefilem skrip tulisannya sendiri berjudul Mesin Jahit Lama.
BAKAL muncul dalan telefilem skrip tulisannya sendiri berjudul Mesin Jahit Lama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat