Tukar MP: Dr Santahara antara MP terkaya, apalah sangat gaji,elaun Timbalan Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disyorkan untuk menggantikan ‘kekosongan’ kerusi Parlimen Segamat dengan Ahli Parlimen yang lain.

“Kita harus hormati permintaan Dr Edmund untuk bersama keluarganya di luar negara dan inovasi Work from New Zealand (WFNZ ini),” sindir Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad susulan tindakan Datuk Seri Dr Edmund Santhara yang bercuti 55 hari.

Kata Nik Nazmi, Perdana Menteri wajar merealisasikan impian ini; dengan menggantikan Dr Santhara dengan ahli Parlimen lain.

“Penduduk Segamat dan warga Wilayah Persekutuan yakin beliau bersama Perikatan Nasional (PN) kerana percaya tentang kepimpinan dan gagasan Perdana Menteri, bukan disebabkan pangkat dan jawatan.

“Lagipun, sebagai antara Ahli Parlimen terkaya mengikut pengisytiharan harta (RM132 juta pada tahun 2019), apalah sangat gaji dan elaun Timbalan Menteri,” bidas beliau lagi.

Nik Nazmi secara sinis mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Edmund Santhara kerana berjaya mendapatkan cuti 55 hari ketika pandemik Covid-19 sedang melanda rakyat.

“Pada masa yang sama rakyat biasa sedang kehilangan kerja manakala banyak perniagaan gulung tikar.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan ulangtahun pertamanya dalam keadaan rakyat diminta membayar sehingga RM10,000 kerana melanggar SOP manakala Menteri bebas melanggar SOP malah mempunyai keperluan kuarantin lebih pendek daripada rakyat marhaen,” tempelak Nik Nazmi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat