Shahrir: Calon ketua kampung dari Bersatu ‘markah rendah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas Ketua Armada Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan yang tidak berpuas hati berkenaan pelantikan ketua kampung yang dikatakan banyak dipilih dalam kalangan orang UMNO sahaja.

Shahrir yang juga Veteran UMNO memberikan bayangan bahawa calon-calon yang diketengahkan Bersatu untuk jawatan ketua kampung tiada yang memperoleh markah tinggi dalam temu duga dengan Pejabat Daerah.

Malah katanya, ada usaha daripada menteri Bersatu yang mahu mengambil alih urusan pemilihan ketua kampung itu, meskipun urusan itu sebenarnya terletak di bawah kerajaan negeri.

“Apa nak bertelagah kalau tak ada yang tinggi markah dalam temuduga Pejabat Daerah.

“Memang ada usaha di Johor, Menteri Pembangunan Luar Bandar (Abdul Latiff Ahmad) cuba ambil alih pemilihan ketua kampung melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). Tapi jawatan ketua kampung bawah kerajaan negeri bukan Federal (persekutuan) punya.

“Lain kali, kenalah ketengahkan calon-calon yang lebih berwibawa, boleh lulus tinggi bila ditemu duga. Ada kualiti, bolehlah bertelagah. Jangan harapkan kuota saja,” katanya di Facebook.

Untuk rekod, Datuk Dr Abdul Latiff ialah ahli parlimen Mersing yang menukar sokongannya kepada Bersatu selepas pilihan raya umum lalu.

Semalam, Muhammad Shamsuddin membidas menteri besar Johor Datuk Dr Hasni Mohamad kerana dikatakan langsung tidak mendukung kebersamaan dalam Perikatan Nasional (PN) yang dilaungkan sebelum ini, apabila calon Bersatu tidak dipilih sebagai ketua kampung.

Katanya, Hasni yang juga pengerusi perhubungan UMNO Johor, sebelum ini mahu memberikan hak kesamarataan bersama parti komponen dalam kerajaan PN yang memimpin negeri Johor.

Tetapi, katanya lagi, lantikan jawatan ketua kampung di Johor dikuasai orang UMNO.

Sebelum keruntuhan pentadbiran PH, Bersatu menerajui kerajaan negeri tetapi kemudian UMNO kembali memimpin negeri itu pada hujung Februari tahun lalu.

Meskipun UMNO menyokong PN, parti itu bukan termasuk sebagai anggota PN. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat